Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ad Code

5 Broker Forex terbaik 2023



Isi Kandungan

  1. Pengenalan Broker Forex
  2. Kriteria pemilihan broker forex
    1. Saiz Komisyen
    2. Spread
    3. Deposit awal
    4. Kelajuan pelaksanaan transaksi
    5. Deposit dan pengeluaran dana
    6. Sejarah syarikat
    7. Regulator
  3. Senarai 5 Broker terbaik 2023

Pengenalan Broker Forex

Jika kamu sampai di blog ini, saya andaikan yang kamu sudah biasa dengan Forex dan tahu apa itu Broker. Bagi mereka yang tidak tahu apa itu broker, secara ringkasnya broker itu ialah orang pertengahan yang menjual dan membeli aset tertentu.

Kriteria Pemilihan Broker Forex.

Pemilihan broker Forex adalah penting sebab tidak semua broker boleh dipercayai dan setiap broker mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Berikut kami senaraikan perkara-perkara penting yang kamu boleh pertimbangkan semasa memilih broker.

#1.Saiz Komisyen

Komisyen yang dimaksudkan disini ialah seperti Swap Fee, Spread. Komisyen ini adalah jumlah yang ditetapkan oleh broker yang perlu diambil dari trader (Anda) untuk keuntungan mereka. 

#2. Spread

Bagi mereka yang suka Full Margin (FM), spread adalah sesuatu yang sangat mustahak kerana  trader membuka banyak posisi dalam trading. Adalah sangat penting untuk mengetahui sama ada broker itu menawarkan spread tetap atau spread terapung.

#3. Deposit Awal

Tawaran setiap broker adalah tidak sama. Ada broker yang menawarkan jumlah deposit awal yang rendah dan ada juga yang menawarkan deposit awal yang tinggi. 

#4. Kelajuan Pelaksanaan Transaksi

Kelajuan yang dimaksudkan disini ialah kelajuan server untuk menyempurnakan pesanan kita sama ada sell atau buy. Perbezaan kelajuan selama beberapa saat untuk melaksanakan pesanan kita adalah sangat penting untuk mendapatkan harga pesanan atau jualan yang lebih baik terutamanya apabilah harga pasaran bergerak dengan cepat.

#5. Deposit dan pengeluaran dana

Perkara ini juga perlu diambilkira semasa memilih broker. Ada broker yang melakukan transaksi dengan laju dan ada juga yang lambat. Ada broker yang memproses pengeluaran wang daripada trader sehingga 2 hari bekerja atau lebih dan ada juga broker yang memproses dalam masa 5 minit. 

#6. Sejarah Syarikat

Semasa memilih broker, adalah penting untuk menyelidik latar belakang syarikat tersebut. Perkara seperti lesen perniagaan, tempat syarikat beroperasi, jumlah dana dan bila syarikat ditubuhkan adalah penting untuk diambil tahu. Untuk keyakinan yang lebih kuat rajin-rajinlah mebaca ulasan daripada pengguna sedia ada di media sosial dan laman sesawang yang ada menyediakanya.

#7. Regulator

Antara ciri Broker Forex yang boleh dipercayai ialah berdaftar dan dikawal selia oleh badan regulator. Antara organisasi kawal selia forex yang kukuh ialah seperti FCA/FSA, NFA, CFTS, CYSEC, ASIC dan banyak lagi. Ikuti pautan ini untuk membaca dengan lebih lanjut berkaitan regulator.

Senarai 5 Broker Terbaik 2023

Berikut kami sudah senaraikan beberapa beroker yang sudah kami guna untuk memudahkan anda memilih broker yang bersesuaian dengan anda.

Broker Negara Spread Min. Deposit Regulator Ulasan
JustMarket Cyprus Bermula 0 Pips $10 CySEC Lebih Lanjut
RoboForex Belize Bermula 0 Pips $10 FSC Lebih Lanjut
HF Markets St. Vincent & Grenadine Bermula 0 Pips $5 CySEC Lebih Lanjut
XM Cyprus Bermula 0 Pips $5 CySEC,ASIC,IFSC Lebih Lanjut
InstaForex British Virgin Island Bermula 0 Pips $1 CySEC Lebih Lanjut

Sila ikuti pautan di bahagian ulasan untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan broker yang disenaraikan.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code