Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Setup Fibo Musang : Secara Ringkas

Fibo Musang atau musang berjanggut diberi nama oleh Mohd Zulkifli dan Baha sejak 2011 yang membuat pengkajian tentang teknik ini selama bertahun-tahun secara underground. Menurut mereka nama Fibo Musang merupakan gabungan antara FIBONACCI dan TAKE PROFIT yang disinonimkan dengan nama filem P. Ramlee Musang Berjanggut. Penjelasan berkenaan dengan nama musang berjanggut ialah kamu perlu menunggu terlalu lama sampai berjanggut untuk mencapai take profit jika menggunakan teknik ini.

Asas kepada teknik Fibo Musang ialah pemahaman tentang candle breakout sama ada engulfing, three inside down/up, morning/evening star atau inside bar candle. Jika kamu tidak faham tentang istilah-istilah candle breakout yang disebutkan, candle breakout ialah apabila satu atau lebih candle lebih panjang daripada candle yang bertentangan. Contohnya candle penurunan (Bearish) bergerak dan ditutup lebih panjang daripada candle kenaikan (Bullish).

>>Baca berkaitan Engulfing
EURUSD : Contoh candle breakout iaitu candle kenaikan telah dipecahkan oleh candle penurunan. Ia juga dipanggil bearish engulfing

TIPS: Untuk memastikan ketepatan yang tinggi setup fibo musang, adalah digalakkan untuk trade confluence iaitu menggabungkan teknik ini dengan penunjuk yang lain seperti CBR, Divergence dan sebagainya.


Kunci utama penggunaan setup fibo musang ialah Initial Break kerana ia digunakan untuk menentukan keputusan untuk memasuki pasaran (Entry).

Memahami Initial Break

Dalam konteks perdagangan Forex, istilah "Initial Break" biasanya merujuk kepada pergerakan awal atau tindakan harga yang menembusi tahap support dan resistant yang ketara. Tahap support dan resistant ialah kawasan utama pada carta harga di mana harga selalunya berhenti bergerak, melakukan reversal atau mengalami sideway.

Apabila pasangan mata wang atau instrumen kewangan lain menembusi tahap support, ia dianggap sebagai initial break (penembusan awal) ke arah bawah. Sebaliknya, jika ia menembusi tahap resistant, ia dianggap sebagai initial break ke arah atas. Trader selalunya mengambil perhatian jika berlakunya initial break kerana ia dianggap sebagai petanda perubahan trend atau reversal. Sila baca corak reversal yang popular untuk maklumat selanjutnya.

Terdapat dua ciri-ciri initial break yang anda perlu perhatikan dalam penggunaan setup Fibo Musang iaitu:

  1. Penembusan candle dominan
  2. Penembusan Support dan Resistant yang terdekat

Penembusan Candle Dominan

Penembusan candle dominan ialah apabila candle sebelumnya (Candle Kenaikan) yang bersifat panjang dipecahkan oleh candle yang bertentangan (Candle penurunan) dan sebaliknya. Rujuk gambar dibawah untuk kefahaman lanjut

Penembusan Support dan Resistant

Penembusan support dan resistance ialah apabila trend semasa melakukan reversal dan menembusi support atau resistance yang terdekat. Rujuk gambar dibawah untuk kemahaman lanjut.

Kedua-dua ciri initial break yang disebutkan diatas adalah penting sebab kita akan menarik indicator Fibonacci jika berlakunya penembusan tersebut.

Cara pengunaan Indicator Fibonacci Untuk setup Fibo Musang

Untuk menarik fibonacci, tentukan dahulu candle sebelumnya yang perlu ditembusi dan candle yang berjaya menembusi candle sebelumnya. Tarik Fibonacci dari hujung badan candle yang berjaya menembusi sehingga ke shadow candle sebelumnya. Sila rujuk gambar untuk kefahaman lanjut.

Dalam contoh diatas, terdapat dua setup fibo musang iaitu setup bullish dan setup bearish. Tarik Fibonaccin dari tempat yang bernombor 1 ke nombor 2 untuk mendapatkan level take profit

Take Profit

Untuk tak profit, anda boleh ambil TP pada level 261.8 dan 432.6 pada fibo.

Gambar diatas merupakan contoh take profit untuk pair EURUSD TF H4. Sesuai dengan namanya itu fibo musang berjanggut, anda perlu menderita menunggu selama 36 jam untuk sampai ke tp minima iaitu pada level 261.6 dan untuk tp seterusnya iaitu pada level 432.6, anda perlu menunggu selama 204 jam untuk sampai ke situ.

Ad Code