Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Setup BBMA Oma Ally (Bollinger Bands Moving Average)




Apa itu BBMA?

BBMA ialah strategi dagangan yang menggabungkan penggunaan Bollinger Bands dan Moving Averages. Biar saya huraikan komponennya;

1. Bollinger Band: 

  • Bollinger Bands ialah alat analisis teknikal yang dibangunkan oleh John Bollinger. Ia terdiri daripada jalur tengah yang merupakan Simple Moving Average (SMA) tempoh N dan dua jalur luar adalah sisihan piawai tempoh-N dari jalur tengah. Sisihan piawai ialah ukuran turun naik. Band berkembang dan menguncup berdasarkan turun naik pasaran. 

2. Moving Average:

  • Moving Average biasanya digunakan dalam analisis teknikal untuk melicinkan data harga dan mengenal pasti arah aliran dalam tempoh tertentu. Dalam konteks BBMA, purata bergerak sering digunakan dalam kombinasi dengan Bollinger Bands untuk memberikan maklumat trend tambahan.

Cara mendapatkan setup menggunakan teknik BBMA

Mendapatkan isyarat menggunakan strategi BBMA (Bollinger Bands Moving Average) melibatkan pentafsiran tindakan harga berhubung dengan Bollinger Bands dan Moving Averages. Walaupun strategi BBMA biasanya tidak memberikan isyarat beli atau jual yang jelas, pedagang mencari corak dan syarat tertentu untuk membuat keputusan perdagangan termaklum. Berikut ialah beberapa cara biasa peniaga menggunakan BBMA untuk isyarat: 

1. Pengesahan Trend: 

  • Kenal pasti arah aliran dengan memerhatikan hubungan antara harga dan Bollinger Bands. Jika harga secara konsisten di atas purata pergerakan pertengahan dan jalur atas, ia mungkin menunjukkan aliran menaik. Sebaliknya, jika harga secara konsisten di bawah purata bergerak pertengahan dan jalur bawah, ia mungkin mencadangkan aliran menurun. 

2. Pengecutan Bollinger Bands: 

  • Pengecutan Bollinger Band berlaku apabila turun naik rendah, dan jalur menguncup. Pedagang menjangkakan kemungkinan pecah apabila kumpulan mula berkembang semula. Isyarat beli mungkin dijana jika harga menembusi di atas jalur atas selepas picitan, atau isyarat jual jika harga menembusi di bawah jalur bawah. 

3. Keadaan Overbought/Oversold: 

  • Apabila harga menyentuh atau melepasi jalur atas, ia mungkin dianggap terlebih beli, mencadangkan potensi pembalikan atau anjakan. Sebaliknya, apabila harga menyentuh atau turun di bawah jalur bawah, ia mungkin dianggap terlebih jual, menunjukkan potensi pembalikan menaik. 

4. Persilangan Moving Average: 

  • Sesetengah peniaga menggunakan persilangan Moving Average bersama dengan Bollinger Bands. Sebagai contoh, isyarat kenaikan harga mungkin berlaku apabila harga melintasi di atas Moving Average, dan jalur atas juga menghala ke atas. Isyarat menurun mungkin berlaku apabila harga melintasi di bawah Moving Average, dan jalur bawah menghala ke bawah. 

5. Perbezaan dan Konvergensi: 

  • Pedagang mungkin mencari perbezaan atau penumpuan antara harga dan Bollinger Bands. Divergence berlaku apabila harga membuat tinggi atau rendah baru, tetapi Bollinger Bands tidak mengikutinya. Konvergensi, sebaliknya, adalah apabila harga dan Bollinger Bands bergerak ke arah yang sama, mengesahkan arah aliran. 

6. Pengesahan dengan Penunjuk Lain: 

  • Gunakan penunjuk teknikal atau corak carta lain untuk mengesahkan isyarat yang dijana oleh BBMA. Ini mungkin termasuk pengayun, garis arah aliran atau corak batang lilin.Ingat bahawa tiada strategi perdagangan, termasuk BBMA, menjamin kejayaan. 

Adalah penting untuk menggabungkan isyarat BBMA dengan pengurusan risiko yang betul, dan selalunya disyorkan untuk berlatih pada akaun demo sebelum menggunakan wang sebenar. Selain itu, sentiasa dimaklumkan tentang keadaan pasaran dan sedar tentang risiko yang wujud dalam perdagangan.

BBMA VERSI OMA ALLY

Sistem trading BBMA Oma Ally ialah strategi yang menggabungkan indikator Bollinger Bands dan Moving Average seperti yang dinyatakan diatas. Apa yang membezakan sistem ini dengan yang lain ialah sistem ini menggunakan parameter tertentu untuk mendapatkan ketepatan yang maksima.

Sistem trading Oma Ally menggunakan 1 indikator Bollinger Bands dan 5 indikator Moving Average dengan parameter yang berbeza. Berikut ialah senarai parameter yang digunakan dan cara pemasangan starategi ini.

Cara setup BBMA

Ringkasan Setting BBMA adalah seperti berikut

Parameter Period Methode Apply to Shift Style
MA 5 5 Linear Weighted Low 0 Ikut citarasa kamu
MA 5 5 Linear Weighted High 0 Ikut citarasa kamu
MA 10 10 Linear Weighted Low 0 Ikut citarasa kamu
MA 10 10 Linear Weighted High 0 Ikut citarasa kamu
MA 50 50 Exponential High 0 Ikut citarasa kamu

Untuk memudahkan kamu, saya telah sediakan template BBMA yang sedia untuk dimuat turun

Pemasangan Template BBMA

Metatrader 5 PC:

  • Download dan copy file yang kamu download
  • Buka MT5 kemudia pilih File>Open data folder>MQL5>Profiles>Templates kemudia paste file yang kamu download
  • Restart Metatrader 5 dengan menekan icon X kemudian membukanya balik.
  • Untuk memasang pada chart, pilih dahulu chart yang kamu mahu pasang dengan sistem BBMA kemudian tekan sebelah kanan tetikus, alihkan crusor diatas tulisan Templates kemudian klik pada tulisan BBMA.
Metatrader 4 PC
  • Akan dikemaskini kemudian.
Metatrader 5/4 Mobile
  • Template itu tidak dapat digunakan untuk Metatrader versi Mobile. Kamu perlu memasukkan secara manual mengikut ketetapan parameter yang diberikan diatas.

Pemasangan Sistem BBMA secara manual

Untuk mereka yang mahu memasang sistem ini secara manual, kamu boleh mengikuti langkah berikut. Untuk warna dibahagian Style, saya sengaja membiarkannya 1 warna sahaja supaya kamu boleh mengubahnya sendiri mengikut citarasa kamu.

1. Buka meta trader 4 atau 5. Ikut apa yang kamu pakai. Untuk tutorial ini saya pakai MetaTrader 5.

2. Mula-mula masukkan indicator Bolinger band. Setting ikut yang default.



3. Kemudian masukkan pula indicator Moving Average sebanyak 5 kali. Setting ikut gambar dibawah. Untuk warna, kamu ubah sendiri ikut keselesaan kamu. Warna style itu penting supaya kamu dapat membezakan dengan cepat setiap indicator yang kamu masukkan contohnya perbezaan antara MA5 high dan low.

1. MA5 Low

2. MA5 High

3. MA10 Low

4. MA10 High


5. MA50

SOP Penggunaan BBMA (Hukum Asas)

Terdapat 3 aturan yang ditetapkan oleh Oma Ally untuk penggunaan BBMA ini iaitu;


1. Moving Average 5 dan 10 High tidak melepasi dan keluar dari Bollinger Bands atas dan Moving Average 5 dan 10 Low tidak boleh melepasi dan keluar Bollinger Bands Bawah. Sila rujuk illustrasi di bawah.


2. Candlestick tidak boleh close diluar Top BB atau Mid BB. Candlestick yang terkeluar daripada Top  BB semasa pasarang sedang membuat kenaikan berpotensi untuk meneruskan lagi kenaikan keatas. Begitu juga sebaliknya jika candlestick terkeluar daripada Low BB.


Ketika BB sedang mendatar sama ada Top Atau Low bb, Itu menandakan harga pasaran sedang dalam keadaan Sideway. Jika candlestick terkeluar daripada Top BB semasa garisan BB sedang mendatar, harga pasaran mempunyai potensi untuk membuat kenaikan, begitu juga sebaliknya untuk penurunan.


3. Isyarat untuk Trade
  • Trade Buy apabila harga berada di atau berdekatan dengan Moving Average 5 atau 10 bawah.
  • Trade Sell apabila harga berada di atau berdekatan dengan Moving Average 5 atau 10 atas.


Setup Reentry BBMA Oma Ally

Terdapat 3 jenis setup dalam teknik re-entry Oma Ally iaitu Re-Entry, Market Hilang Volume (MHV) dan Extreme.

1. Re-Entry

Re-entry maksudnya ialah kita masuk semula dalam pasaran dalam untuk posisi yang. Apabila terjadinya pergerakan harga dalam pasaran sama ada turun atau naik, harga selalunya akan mengalami fasa ranging. Pada masa inilah kita akan tunggu untuk masuk semula dalam pasaran.
  • Re-Entry Buy: Untuk Re-entry buy, kita perlu tunggu sehingga harga menyentuh atau berhampiran dengan MA 5/10 low. Paling baik jika MA5/10 berdekatan dengan Mid BB.
  • Re-Entry Sell: Untuk Re-entry buy, kita perlu tunggu sehingga harga menyentuh atau berhampiran dengan MA 5/10 High. Paling baik jika MA5/10 berdekatan dengan Mid BB.

Contoh setup re-entry sell

Contoh setup re-entry buy

2. Market Hilang Volume (MHV)

Market hilang volume atau MHV terjadi apabila momentum BUY atau SELL semakin melemah dan tidak mampu untuk meneruskan kenaikan atau penurunan. MHV biasanya terbentuk apabila berlakunya extreme BUY atau Sell. Terdapat dua SOP yang perlu diambiltahu dalam setup MHV iaitu
  • MHV Valid apabila: Harga atau candlestick tidak berjaya Close  melepasi Top BB atau Low BB. Kita boleh menetahuinya dengan melihat shadow candle tersebut.
  • MHV Tidak Valid apabila: Candlestick berjaya close di luar Top atau Low BB.

Contoh setup MHV Buy

3. Extreme

Setup extreme terjadi apabila hukum asas BBMA 1 dan 2 dilanggar iaitu candlestick tidak boleh keluar daripada Top atau Low BB. Jika 2 hukum asas itu dilanggar maka terjadinya setup Extreme untuk BUY dan SELL.
  • EXTREME BUY: Apabila MA 5/10 keluar melepasi Low BB.
  • EXTREME SELL: Apabila MA 5/10 keluar melepas High BB.

Contoh setup extreme sell dan buy

Nota:

  • Teknik ini tidak dijamin 100% tepat dan memberikan keuntungan berganda. Adalah penting untuk mencuba dahulu menggunakan demo untuk mengetahui keberkesanannya.
  • Sila gunakan lebih daripada (SATU) timeframe untuk membuat analisis.
  • Dalam artikel tidak ada disebut berkaitan  dengan MA50, MA50 digunakan untuk mengenalpasti pergerakan trend. Jika harga berada diatas MA 50, maka kamu fokus untuk mencari peluang untuk buy.
  • Segala kerugian disebabkan akibat menggunakan teknik ini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Sila Baca penafian di bahagian Widget kanan.

Ad Code