Apa yang akan kamu pelajari dari artikel ini?
Pengenalan
Untuk artikel kali ini, saya akan mengulas berkaitan dengan satu terma yang sering disebut-sebut oleh Trader-trader terutamanya trader dari Malaysia Iaitu LUMINOUS DAILY ROADMAD (LDR). Saya mencari seberapa banyak rujukan berkaitan dengan LDR ini tetapi saya mendapati terlalu sedikit maklumat atau informasi berkenaan LDR yang selalu trader sebut-sebut ini. Dalam satu temubual di Youtube yang bertajuk "Trading Tips on Luminous Daily Roadmap(LDR): Fact or Myth? What Pro Traders Say.", trader itu sendiri menyatakan yang dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya asal usul terma LDR ini.Setakat kemas kini pengetahuan terakhir saya pada Januari 2022, saya tidak mempunyai maklumat khusus tentang "Luminous Daily Roadmap (LDR)" dalam konteks perdagangan. Ada kemungkinan bahawa istilah atau alat baharu telah diperkenalkan dalam dunia perdagangan sejak itu.Secara umum, pelan hala tuju harian dalam perdagangan biasanya merujuk kepada rancangan atau strategi yang diikuti oleh pedagang setiap hari. Pelan ini mungkin termasuk elemen seperti analisis pasaran, pintu masuk dan keluar, pengurusan risiko dan faktor lain yang membimbing keputusan perdagangan sepanjang hari.Jika "Luminous Daily Roadmap (LDR)" ialah alat, strategi atau konsep khusus yang diperkenalkan selepas kemas kini terakhir saya, saya syorkan anda menyemak sumber terkini yang berkaitan dengan dagangan atau pasaran kewangan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Ini boleh termasuk berita kewangan, platform dagangan atau sumber pendidikan yang mungkin memberikan cerapan tentang sebarang perkembangan baharu dalam strategi atau alatan dagangan. Selain itu, menghubungi pedagang berpengalaman atau profesional kewangan juga boleh membantu dalam mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang istilah ini dalam konteks perdagangan.
Apa itu Luminous Daily Roadmap (LDR) menurut trader di media sosial?
Menurut sumber yang saya dapat dari Internet, LDR ialah jadual pertukaran trend ( sama ada dari Downtrend kepada uptrend dan sebaliknya ) atau sambungan kepada trend sebelumnya. Perubahan ataupun pergerakan pada pasaran mungkin berlaku sebelum, pada atau selepas tarikh LDR ini. Pergerakan pasaran semasa tarikh LDR biasanya boleh mencapai 300-600 pips.
Siapakah yang mengeluarkan jadual LDR?
Seperti yang saya sebutkan diatas, terlalu sedikit maklumat berkaitan dengan Istilah LDR dan tidak ada maklumat yang saya jumpai tentang siapa yang bertanggungjawab mengeluarkan jadual, dari organisasi atau institusi mana. Jika ada yang mempunyai maklumat berkenannya, tolong beritahu saya supaya saya boleh mengemaskini artikel saya ini.
Berikut saya lampirkan Jadual LDR yang saya jumpa di internet untuk rujukan kamu.
Jadual LDR 2023
Bulan | Hari | Tahun |
---|---|---|
Januari | 2 | 2023 |
Januari | 9 | 2023 |
Januari | 18 | 2023 |
Januari | 27 | 2023 |
Febuari | 6 | 2023 |
Febuari | 14 | 2023 |
Febuari | 23 | 2023 |
Mac | 6 | 2023 |
Mac | 13 | 2023 |
Mac | 22 | 2023 |
Mac | 31 | 2023 |
April | 10 | 2023 |
April | 18 | 2023 |
April | 27 | 2023 |
Mei | 8 | 2023 |
Mei | 15 | 2023 |
Mei | 24 | 2023 |
Jun | 2 | 2023 |
Jun | 12 | 2023 |
Jun | 20 | 2023 |
Jun | 29 | 2023 |
Julai | 10 | 2023 |
Julai | 17 | 2023 |
Julai | 26 | 2023 |
Ogos | 4 | 2023 |
Ogos | 14 | 2023 |
Ogos | 22 | 2023 |
Ogos | 31 | 2023 |
September | 11 | 2023 |
September | 18 | 2023 |
September | 27 | 2023 |
Oktober | 6 | 2023 |
Oktober | 16 | 2023 |
Oktober | 24 | 2023 |
November | 2 | 2023 |
November | 13 | 2023 |
November | 20 | 2023 |
November | 29 | 2023 |
Disember | 8 | 2023 |
Disember | 18 | 2023 |
Disember | 26 | 2023 |
Cara Trade menggunakan Jadual LDR
Adakah LDR itu Fakta atau Mitos?
PAIR XAUUSD, H1 |
Gambar di atas ialah keadaan pasaran pada 2 november 2023 pada timeframe H1. Menerut penjelasan maksud LDR, ia boleh berlaku pada, sebelum atau selepas pada tarikh LDR. Kawasan yang berwarna kuning adalah carta harian untuk 2 november dan carta harian hari sebelumnya dan hari selepasnya ialah pada kawasan yang dipisahkan oleh garisan vertical.
- A-B = 238 pips
- B-C = 216 Pips
- C-D = 117 Pips
- D-E = 247 Pips
- B-E = 339 Pips
PAIR: XAUUSD, H1 |
Kita lihat contoh yang lain pula. Gambar diatas ialah pergerakan market untuk pair XAUUSD semasa tarikh LDR pada 13 November 2023 dimana tidak ada pergerakan yang besar berlaku pada tarikh LDR tersebut iaitu hanya 169 pips tetapi terdapat perubahan trend berlaku pada hari tersebut pada timeframe H1 iaitu dari penurunan kepada kenaikan. Pada hari berikutnya pulaGold membuat kenaikan lagi sebanyak 285 pips membuat sambungan kenaikan pada hari sebelumnya. Pada hari Sebelum LDR iaitu pada 10 Nov bersamaan hari jumaat, Gold membuat pergerakan sebanyak 274 pips membuat sambungan trend penurunan.
Gambar diatas ialah pergerakan pasaran untuk pair Gold pada 13 Oktober 2023 dimana Gold membuat kenaikan yang begitu signifikan iaitu sehingga 643 pips. Setelah saya periksa jadual LDR, tarikh yang paling dekat ialah pada 16 Oktober bersamaan dengan hari isnin. Jadi adakah pergerakan Gold yang berlaku pada 13 Oktober ada kaitan dengan LDR? Jawapannya mungkin YA. Sebab 13 Oktober jatuh pada hari jumaat, 14 dan 15 Oktober pula market tutup dan buka pada 16 Oktober iaitu pada hari isnin. Jadi boleh dikatakan 13 Oktober itu adalah hari sebelum LDR sebab market tutup pada hari Sabtu dan Ahad.
PAIR: XAUUSD, H1 |
Saya jumpa satu lagi pergerakan yang saya anggap besar juga yang berlaku pada 27 Julai 2023. Jika merujuk kepada Jadual LDR, tarikh LDR ialah pada 26 Julai 2023. Jadi kita boleh anggap itu sebagai kesan kepada LDR sebab ia berlaku selepas tarikh LDR.
0 Comments