Pip
Pip merupakan unit ukuran untuk pergerakan terkecil kadar pertukaran matawang berdasarkan konvensyen pasaran forex. Istilah PIP merupakan akronim untuk "Percentage in Point". Pips mewakili tempat perpuluhan keempat dalam kebanyakan pasangan matawang kecuali yang melibatkan matawang Jepun (YEN) yang dikira pada tempat perpuluhan kedua pada harga pasangan matawang.
Contoh diatas adalah harga pasaran untuk pasangan matawang EURUSD. Perubahan nombor pada tempat perpuluhan keempat seperti yang bertanda merah daripada nombor 5 kepada nombor 6 dianggap 1 pip.
Untuk pasangan matawang Jepun pula, ia menggunakan 2 tempat perpuluhan sahaja seperti dalam gambar diatas. Sebarang perubahan pada angka kedua selepas perpuluhan dianggap 1 pips jika ia berubah dari angka 5 kepada angka 6 seperti dalam gambar.
Pengiraan keuntungan berdasarkan pip
Nilai pip adalah berbeza-beza berdasarkan pasangan matawang yang anda dagangkan dan matawang asas yang digunakan pada pasangan.
- Matawang asas (Matawang akaun yang anda gunakan cth: USD
- Instrumen dagangan (Cth: EUR/USD
- Saiz dagangan (Lot)
Anda juga perlu memahami Saiz lot untuk mengira nilai pips. Berikut disertakan jadual saiz lot untuk rujukan anda
Saiz Lot | Unit Matawang Asas | Volum |
---|---|---|
1 Standard Lot | 100,000 Unit | 1 .0 |
1 Mini Lot | 10,000 Unit | 0.1 |
1 Micro Lot | 1,000 Unit | 0.01 |
1 Nano Lot | 100 Unit | 0.01 |
Pippette / Point
Dalam konteks perdagangan Forex, Pippette ialah ukuran selepas pip iaitu nombor yang diwakili oleh nombor ke-5 selepas titik perpuluhan (decimal). Untuk pasangan matawang yang menggunakan 2 titik perpuluhan (Decimal) seperti dalam matawang pasangan Jepun (YEN), Pippette diwakili oleh nombor yang ke-3 selepas titik perpuluhan. Rujuk gambar diatas untuk pemahaman yang lebih jelas. Pippette gigunakkan untuk mengira untung rugi dengan lebih tepat.
Pengiraan pip boleh dilakukan dengan menggunakan formula berikut:
Nilai Pip = (Satu Pip / Kadar Pertukaran) * Saiz Lot
Untuk melakukan pengiraan, kita mengambil contoh pasangan matawang EUR/USD pada kadar pasaran 1.0843dengan jumlah unit 1,000 @ 0.01 lot.
Nilai Pip = (0.0001 / 1.0843) * 1,000
Hasilnya ialah €0.0923 dan jika ditukar kepada USD bersamaan dengan $0.1.
Ini bermakna kamu akan mendapat keuntungan sebanyak $0.1 setiap 0.01 lot yang kamu buka. Jika kamu membuka 0.01 lot sebanyak 20 layer, kamu akan mendapat keuntungan sebanyak $0.1 x 20 = $2 jika naik sebanyak 1 pip.
Nilai Pip = (0.0001 / 1.0843) * 1,000
- 0.0001 - Merupakan 1 pip bagi pasangan matawang yang menggunakan 4 titik perpuluhan. Jika kamu mengira pasangan matawang yang menggunakan 2 titik perpuluhan, tukarkan nombor ini dengan 0.01.
- 1.0843 - Adalah harga tukaran semasa pasangan matawang yang anda mahu kira.
- 1,000 - Adalah jumlah unit matawang asas untuk lot 0.01. Sila rujuk jadual saiz lot. Jika anda mengira nilai lot untuk saiz 1 lot, tukarkan 1,000 kepada 100,000.
Bagi mereka yang keliru dari mana datangnya nombor-normbor seperti yang bertanda diatas, berikut ialah penjelasannya:
Supaya anda tidak bingung, anda boleh merujuk jadual di bawah untuk mengira nilai pips bagi pasangan matawang USD.
Unit Matawang asas | Volume (LOT) | Nilai USD/1 Pips |
---|---|---|
100,000 Unit | 1.0 lot | $ 10 |
10,000 Unit | 0.1 Lot | $ 1 |
1,000 Unit | 0.01 Lot | $ 0.1 |
100 Unit | 0.001 Lot | $ 0.01 |
Pengiraan pip untuk pasangan matawang Jepun dan juga komoditi lain juga berpandukan formula yang diberi diatas. Kamu boleh mengikut formula tersebut untuk mengira nilai pip atau boleh menggunakan pips calculator yang kamu boleh cari di google seperti MyFxBook Pip Calculator
0 Comments