Memahami Expert Advisor
Dalam konteks perdagangan forex, Expert Advisor (EA) merujuk kepada program atau skrip yang direka untuk melakukan operasi secara automatik pada platform dagangan seperti Metatrader yang digunakan secara meluas oleh peniaga forex.
Expert Advisor (EA) pada asasnya ialah sistem dagangan automatik yang boleh menganalisis pasaran forex, membuat keputusan perdagangan dan melaksanakan dagangan bagi pihak pedagang. Ia beroperasi berdasarkan peraturan dan algoritma yang telah ditetapkan, yang boleh sama ada dipraprogram atau disesuaikan oleh pedagang. Peraturan ini mungkin termasuk penunjuk teknikal, corak harga dan kriteria lain yang pedagang percaya akan membawa kepada peluang dagangan yang menguntungkan.
Memahami Indicator
Indicator merujuk kepada pengiraan matematik atau algoritma yang digunakan pada harga sejarah dan/atau data volume untuk membantu pedagang menganalisis dan mentafsir potensi pergerakan harga masa hadapan. Penunjuk digunakan untuk mengenal pasti arah aliran, corak dan potensi titik pembalikan dalam pasaran. Mereka menyediakan pedagang dengan maklumat tambahan melebihi apa yang boleh diperhatikan daripada data harga mentah.
4 Indicator dan Expert Advisor (EA) yang perlu ada sebagai Trader
Setiap trader ada karakteristik dia tersendiri, ada yang suka menggunakan indicator berlapis-lapis dan ada juga yang langsung tidak menggunakan apa-apa indicator mahupun EA. Itu terpulang kepada individu itu sendiri bergantung kepada keselesaannya. Untuk artikel kali ini, saya akan menyenaraikan indikator dan EA yang berguna dalam trading. Kriteria pemilihan ini adalah berdasarkan kegunaan, keselesaan (Tidak semak pada chart), performance dan sebagainya.
1. Close All in 1s
Close all in 1s merupakan program atau script yang digunakan untuk menutup semua posisi dagangan yang aktif. Apa yang saya suka dengan program ini ialah dia boleh melakukan operasi dengan sangat laju sesuai dengan namanya.
Program ini penting dan sesuai bagi mereka yang suka membuka layer dengan jumlah yang banyak terutamanya bagi mereka yang suka trade semasa news kerana kamu boleh menutup posisi dengan laju untuk mendapatkan harga yang lebih baik.
Cara pemasangannya sangat mudah. Kamu hanya perlu search cloase all in 1s di market melalui software MT5 kemudian tekan download. Bagi mereka yang masih keliru, berikut adalah cara-cara pemasangan secara terperinci.
- Buka MetaTrader 5 anda di desktop. (Program ini hanya untuk pc ya)
- Login akaun mql5 anda. Untuk login klik icon ini di bahagian atas kanan mt5. Jika anda belum mempunyai akaun mql5, sila mendaftar dahulu.
- Jika kamu sudah login, pergi ke bahagian Navigator dan klik Market untuk membuka paparan market.
- Klik icon untuk membuat carian. Masukkan keyword close all in 1s. Pilih yang free kemudian tekan download.
- Program tersebut akan dimasukkan terus di bahagian Expert Advisor > Markets di MT5 anda.
- Untuk menggunakan program ini, Buka mana-mana chart, klik kemudian tarik program yang kamu download di bahagian chart kemudian lepaskan tetikus.
- Aktifkan buntang Algo Trading supaya program ini berfungsi.
2. Lines profit loss
Indicator ini akan memaparkan satu garisan pada chart yang mengira jumlah keuntungan dan kerugian kita berdasarkan jumlah lot yang kita buka. Cara penggunaannya sangat senang, kita cuma perlu tarikh garisan pada level yang kita mahukan contohnya pada level stop loss atau take profit kita dan indikator ini akan mengira jumlah kerugian kita jika harga menyentuh TP atau SL yang kita tetapkan.
Terdapat beberapa parameter yang kita boleh ubah pada indikitar ini untuk keselesaan kita seperti pengiraan dalam bentuk point ataupun dalam bentuk jumlah wang, penambahan pending order dalam pengiraan dan ada beberapa lagi yang kamu boleh ubah dan terokai sendiri.
Gambar di atas merupakan contoh penggunaan indikator tersebut. Dalam contoh itu saya ada position buy dengan lot 0.01 pada pair XAUUSD dan garisan indikator itu saya tarik di atas pada level take profit yang saya mahukan.
Untuk cara pemasangan indikator ini, Sila rujuk di atas atau kilik sini.
3. Show Pips
Indikator ini juga sangat berguna untuk memaparkan status semasa akaun anda supaya anda boleh berjaga-jaga terutamanya semasa scalping. Indikator ini juga akan membuat satu garisan pada chart yang memaparkan beberapa parameter yang kita boleh turn on dan off seperti jumlah profit, jumlah pips, spread dan juga masa candle akan close (bergantung timeframe yang kita gunakan).
Garisan indicator ini kita boleh tetapkan sama ada posisinya mengikut pergerakan harga atau tetapkan di sudut chart yang kita mahu contohnya di atas kanan atau kiri.
Untuk cara pemasangan indikator ini, Sila rujuk di atas atau kilik sini.
4. Countdown Clock
Indikator ini sesuai bagi mereka yang susah sangat mengira masa candle akan close terutamanya timeframe yang besar seperti H4. Timezone pada MetaTrade 4 atau 5 tidak boleh diubah mengikut timezon kita jadi data yang dipaparkan pada chart akan mengikut timezon server. Ini akan menyukarkan kita mengira masa sesuatu candle itu dibuka dan ditutup terutamanya pada timeframe besar. Dengan indikator ini, anda tidak perlu lagi mengira jam berapa candle akan close dengan paparan countdown clock pada chart anda.
Dalam gambar contoh diatas, indikator akan memaparkan masa candle H4 akan ditutup iaitu dalam masa 2 jam 23 minit lagi.
Untuk cara pemasangan indikator ini, Sila rujuk di atas atau kilik sini.
0 Comments