Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ad Code

4 Aplikasi Perdagangan Forex (MT5) Yang Popular 2024

Pengenalan

Aplikasi dagangan forex ialah program perisisan yang memudahkan pembelian dan penjualan matawang ataupun aset yang lain dalam pasaran. Aplikasi dagangan adalah seperti indicator, libraries, expert advisor dan utiliti yang lain yang boleh didapati di market mql5 sama ada secara percuma dan berbayar.

Aplikasi ini menyediakan platform kepada pedagang untuk menjalankan dan melaksanakan perdagangan dan memudahkan pedagang untuk mengurus akaun mereka. Terdapat beberapa kelebihan menggunakan aplikasi dagangan yang membuatkan ramai trader menggunakannya. Antaranya ialah:

  1. Interface - Antaramuka yang mesra pengguna yang membolehkan pengguna dapat melaksanakan tugasan seperti jual dan beli dengan selesa dan pantas serta memudahkan mengurus akaun.
  2. Analisis Teknikal - Aplikasi ini menyediakan analisis teknikal tambahan pada chart yang membantu dalam menganalisis pergerakan harga.
  3. Pengurusan Risiko - Mempunyai ciri pengurusan risiko yang lebih baik seperti meletakkan stop loss dan take profit dengan pantas serta menutup posisi dengan hanya satu klik.
  4. Jenis Pesanan - Menyokong pelbagai jenis pesanan yang mudah dilakukan berbanding fungsi pesanan sedia ada yang rumit dilakukan seperti pesanan pending order.

Senarai aplikasi perdagangan forex yang terbaik menurut komuniti trader

Senarai aplikasi berikut merupakan senarai yang dikeluarkan oleh laman web mql5.com sendri berdasarkan penilaian kriteria yang mereka buat dan bukannya atas pilihan saya sendiri.

1. Trade Assistant MT5

METATRADER : 4/5

HARGA: USD 100

RATING : 4.6

Aplikasi ini merupakan panel perdagangan yang direka untuk perdagangan manual yang membolehkan anda mengira risiko, mengurus kedudukan (position) menggunakan trailing stop serta beberapa ciri berguna yang lain.

Senarai ciri utama

1. Pengurusan Risiko

  • Mengira jumlah urus niaga dengan mengambil kira risiko yang ditetapkan dan saiz stop loss.
  • Mengira jumlah urus niaga dengan mengambil kira komisen broker dan spread.
  • Memaparkan keuntungan open position dengan mengambil kira komisen broker dan spread.
  • Fungsi menetapkan nisbah untung kepada kerugian.

2. Pengurusan Position dan Order

  • Panel menyokong market dan pending order.
  • Pengurus masa perdagangan - pembukaan atau penutupan mengikut masa.
  • Menutup kedudukan dalam bahagian - menutup sebahagian daripada pesanan sebagai peratusan volum yang ditetapkan.
  • Trailing stop - 7 pilihan kawalan Stop loss POSITION (Dalam point, Fractals, MA, Parabolic SAR, ATR, Partial Close, High Low Bar).
  • Breakeven - Memindahkan stop loss pada level yang masih dalam keadaan tanpa kerugian.
  • Trailing limit order - Menggerakkan limit order mengikut harga pasaran pada jarak jauh
  • OCO Order - Fungsi untuk membatalkan beberapa pesanan yang belum selesai apabila salah satu daripadanya diaktifkan.
  • Virtual Pending Orders
  • Menutup kedudukan mengikut jenis pesanan.
  • Menutup order apabila mencapai keuntungan yang ditetapkan.

3. Panel Grafik

  • Panel utama - mengandungi menu tab untuk menyediakan dan menggunakan fungsi
  • Fungsi garisan - memaparkan garisan pembukaan pada carta, hentikan kerugian , ambil untung . Dengan ciri ini, mudah untuk membuat pesanan baharu dan melihat ciri tambahannya sebelum dibuka.
  • Paparan kedudukan dan pesanan terbuka - fungsi menunjukkan garisan pembukaan,stop loss , take profit dengan maklumat berguna tambahan.
  • Menu konteks - membolehkan anda menukar tetapan pesanan yang dipilih tanpa menjejaskan tetapan pesanan lain.

untuk maklumat lanjut berkenaan dengan aplikasi ini, sila klik Pautan Aplikasi untuk terus ke market mql5.

2. Trade Manager

METATRADER : 5

HARGA: USD 99

RATING : 4.98

Aplikasi ini merupakan alat perdagangan yang memudahkan trader melakukan perdagangan dalam forex dengan fungsi menarik seperti 1 click trading, pengurusan risiko yang canggih dan analisis market. Selain daripada itu, aplikasi ini juga dilengkapi dengan fungsi automatik robot yang berfungsi 24/7 yang dapat mengurus pesanan seperti trailing stop loss/take profit, menutup sebahagian pesanan dan juga one-cancels-the-other order (OCO) untuk melindungi modal anda. Bagi para scalper atau yang suka full margin macam Ahmad Daniel dan Fukiyoks, aplikasi ini sangat sesuai untuk anda kerana ia juga mempunyai fungsi untuk menutup semua order dengan hanya 1 klik supaya anda dapat menangkap harga market yang lebih baik terutamanya semasa news.

Senarai ciri utama

  1. Pengguna dapat melakukan pesanan dengan mudah seperti stop loss, take profit.
  2. Menyediakan fungis untuk mengurus risiko seperti mengira saiz dagangan yang sesuai dan nisbah risiko dan ganjaran ( risk-reward ratio).
  3. Fungsi One-Click Trading untuk memudahkan trader membuka dan menutup pesanan dengan laju.
  4. Fungsi Automated Trading (Robot) untuk mengawal dan mengendali pesanan sepanjang hari seperti fungsi OCO, trailing stop/take profit dan sebagainya.
  5. Fungsi pengendalian pending order secara bertentangan dan membatalkan satu pesanan jika pesanan yang lain diaktifkan.
  6. Antaramuka yang mesra pengguna dan selesa digunakan.

untuk maklumat lanjut berkenaan dengan aplikasi ini, sila klik Pautan Aplikasi untuk terus ke market mql5.

3. TradePanel MT5

METATRADER : 5

HARGA: USD 85

RATING : 4.89

Aplikasi yang dibangunkan oleh Alfiya Fazylova ini mempunyai pelbagai fungsi yang digunakan untuk membantu anda dalam trading. Menurut penjelasan daripada Alfiya Fazylova, ia mempunyai lebih 50 fungsi yang boleh diautomasikan pada kebanyakkan tindakan dalam perdagangan.

Senarai ciri-ciri utama aplikasi

  1. Dapat digunakan pada mana-mana instrumen dagangan seperti Forex, CFD, Future dan lain-lain.
  2. Dapat digunakan untuk semua simbol dan juga timeframe.
  3. Mencipta senarai kerja dengan simbol serta menambahkan simbol sebagai kegemaran (Favourite).
  4. Dilengkapi dengan fungsi pengiraan lot serta pengiraan risiko.
  5. Keupayaan untuk melakukan Virtual Stop Loss/ Take Profit
  6. Pesanan OCO (one-cancels-the-other order).
  7. Menutup pesanan dan position (Kedudukan) mengikut parameter yang anda tetapkan.
  8. Memasang garisan pada carta.
  9. Fungsi Breakeven (Memasang stop loss pada level yang masih dalam keadaan untung).
  10. Penutupan kedudukan secara separa-automatik dan manual.
  11. Tangkapan paparan secara automatik dan manual ( Screenshoots).
  12. 5 Skema warna UI.
  13. Antaramuka yang mesra pengguna dan fleksible.
  14. Saiz panel tersedia dalam resolusi 4k

untuk maklumat lanjut berkenaan dengan aplikasi ini, sila klik Pautan Aplikasi untuk terus ke market mql5.

4. Smart Trend Trading System MT5

METATRADER : 5

HARGA: USD 100

RATING : 4.73

Smart Trend Trading System MT5 yang dibangunkan oleh Issam Kassas ini merupakan aplikasi yang sesuai untuk trader baru mahupun yang berpengalaman. Apliksi ini menggabungkan lebih 10 indicator dengan lebih daripada 7 stragi perdagangan yang mantap menjadikan aplikasi ini sangat berbaloi untuk dimiliki.

Smart Trend Trading System MT5 direka dengan teliti untuk memantapkan sistem perdagangan anda dengan pengenalan sistem arah trend yang tepat, level entry dan close yang tepat serta teknik pengurusan risiko yang berkesan. Terdapat 3 strategi yang boleh digunakan dalam aplikasi ini iaitu strategi mengikut trend (aliran), strategi pembalikan (Reversal) dan strategi scalping namun ciri menarik yang membezakan aplikasi ini dengan aplikasi yang lain ialah ia non-repainting dan tidak lag.

Ciri-ciri utama aplikasi ini

  1. Penunjuk tidak mengecat semula, tidak melukis semula dan tidak ketinggalan
  2. Pengaktifan maksima
  3. Lebih daripada 7 strategi tersedia yang boleh digunakan
  4. 10 penunjuk semua dalam satu (10 in 1)
  5. Strategi firma prop
  6. Penunjuk anak panah untuk close dan entry
  7. Notifikasi makluman melalu telefon dan email
  8. Analisis MTF
  9. Penunjuk support dan resistance
  10. Isyarat zon pembalikan (Reversal Zone)
  11. Fungsi trailing stop
  12. Penandaan warna untuk candle pembalikan (Reversal), trend dan volume.
  13. Penunjuk Candle timer dan spread limit.

untuk maklumat lanjut berkenaan dengan aplikasi ini, sila klik Pautan Aplikasi untuk terus ke market mql5.

Kesimpulan

Aplikasi perdagangan Forex sangat penting kepada trader sama ada yang baru mahupun yang berpengalaman untuk membantu sistem perdagangan untuk potensi kejayaan yang tinggi secara konsisten. Inovasi seumpama ini diperlukan untuk memperbaiki landskap perdagangan Forex yang rumit dan sukar diramal. Namun begitu, perlu diingati bahawa berdagang dalam pasaran Forex mempunyai risiko yang sangat tinggi dan modal anda berisiko tinggi untuk hilang. Para pedagang perlu berdagang secara berhemah dan jangan gunakan duit simpanan masa depan anda. Apapun saya berharap ada tergolong dalam trader yang berjaya.

Ad Code