Apa yang akan kamu pelajari dari artikel ini?
1. Copytrading2. Melabur dalam Akaun PAMM
3. Membangunkan dan menjual program Expert Advisor (EA)
4. Membangunkan dan menjual Strategi Dagangan
5. Membuat perkongsian dengan Broker (Affiliate)
6.Membangunkan saluran (Channel) di media sosial
7. Membuat seminar/webinar dan kursus
Memperoleh pendapatan pasif dalam forex lazimnya melibatkan strategi di mana anda menjana pulangan tanpa mengambil bahagian secara aktif dalam perdagangan harian. Berikut adalah beberapa cara untuk berpotensi memperoleh pendapatan pasif dalam forex:
1. COPYTRADING
Forex merupakan salah satu pekerjaan yang paling susah kerana ia melibatkan risiko yang tinggi untuk anda kehilangan dana anda. Berdagang dalam pasaran forex memerlukan banyak pengetahuan dan pengalaman yang cukup untuk anda konsisten mendapatkan keuntungan. Jika anda masih masih baru dalam dunia forex, anda berisiko untuk kehilangan wand deposit anda. Namun begitu anda masih boleh menjana pendapatan melalau forex dengan cara Copytrading dari pedang lain yang berpengalaman. Kebanyakkan broker Forex membolehkan anda meniru secara automatik pedagang forex yang berpengalaman dan berjaya dengan memperuntukkan dana untuk menyalin dagangan daripada pedagang lain dan anda berpotensi mendapatkan keuntungan pasif tanpa perlu bersusah payah membuat analisis setiap graf.
Cara Copytrade Dari pedagang lain
Oleh sebab hampir setiap Broker Forex ada menyediakan fungsi Copytrading, saya akan memilih salah satu Broker sebagai contoh dalam artikel ini iaitu Justmarkets.
- Untuk memulakan Copy Trading, log in dahulu ke akaun Justmarkets atau broker yang kamu guna.
- Untuk contoh yang saya guna iaitu Justmarkets, sila pergi ke bahagian menu di bahagian tepi kiri dan tekan Copytrading dan akan keluar menu tambahan yang lain iaitu papan skor, ruang pedagang dan ruang pelabur. Pilih ruang pelabur dan paparan akan berpindah ke ruang pelabur seperti gambar di bawah.
- Klik pada butang pergi ke papan skor untuk melihat senarai pedagang yang anda boleh ikut. Sila buat kajian dahulu sebelum meneruskan seperti risiko, pendapatan, keuntungan dan kerugian, jumlah pelabur yang mengikuti dan juga jumlah komisyen.
- Jika anda sudah memilih akaun pedagang yang anda rasa sesuai, teruskan dengan klik pada nama pedagang tersebut.
- Baca penerangan strategi dan jika sesuai dengan anda, teruskan dengan klik pada butang mula menyalin.
- Dana yang anda gunakan untuk copytrading harus dimasukkan ke dalam Investor Wallet, sila depo jika perlu mengikut jumlah minima yang dinyatakan oleh pedagang yang kamu ikut.
- Untuk broker yang, prosesnya lebih kurang sama. Baca dan ikut arahan yang ditulis.
Apakah kelebihan Copytrading
- Anda tidak perlu mahir dalam perdagangan Forex untuk membuka akaun Copytrading.
- Anda berpeluang mengikuti isyarat dagangan daripada pedagang yang berpengalaman .
- Anda masih mempunyai kawalan yang penuh terhadap akaun dagangan anda.
Apakah keburukan Copytrading?
- Tidak ada jaminan keberjayaan isyarat yang anda ikuti.
- Komisyen mungkin tinggi bagi pedagang yang berpengalaman.
2. MELABUR DALAM AKAUN PAMM
Akaun PAMM adalah satu bentuk perdagangan Forex yang menggunakan konsep penggabungan Wang. PAMM ialah singkatan kepada “Percentage Allocation Management Module” dimana pelabur memberikan dana mereka kepada pelabur lain (Pengurus) untuk didagangkan untuk mendapat keuntungan.
Berbeza dengan Copytrading, dana kita akan dipindahkan kepada akaun pengurus dan pengurus yang akan menjalankan urusan perdagangan. Adalah penting untuk kita memilih pengurus yang betul dengan melihat kepada profile pengurus. Anda dinasihatkan untuk membuat perbandingan kepada prestasi setiap pengurus sebelum mebuat keputusan berurusan dengannya. Jadilah pelabur yang bijak.
Broker apa yang menwarkan perkhidmatan PAMM?
Tidak semua Broker Forex menawarkan perkhidmatan PAMM. Antara yang menawarkan PAMM ialah seperti HFM, Pepperstone, IC Markets, InstaForex, RoboForex, FxPro dan beberapa lagi. Anda boleh meminta bantuan Google untuk menyenaraikannya secara penuh.
Apakah Kelebihan PAMM
- Oleh sebab dana anda diuruskan oleh pengurus Professional maka peluang untuk mendapat keuntungan adalah tinggi.
- Anda tidak perlu pakar dalam bidang perdagangan Forex untuk melabur dalam PAMM.
- Pendaftaran dalam PAMM tidak memerlukan kebijaksanaan yang tinggi. Anda hanya perlu tahu membaca, menaip dan mengikuti arahan yang dipaparkan untuk mendaftar.
Apakah keburukan PAMM?
- Pelabur tidak ada kawalan terhadap perdagangan yang dijalankan. Anda tidak boleh tutup atau buka apa-apa dagangan yang dilakukan kerana ia dalam kawalan pengurus. Apa yang anda perlu buat adalah meletakkan keyakinan yang penuh dan harapan kepada pengurus untuk melaksanakan urusan perdagangan.
- Terdapat risiko untuk perjanjian itu akan terbatal. Anda dinasihatkan supaya tidak melabur dengan jumlah yang banyak jika bimbang tentang risiko tersebut.
- Komisyen dan yuran mungkin tinggi bergantung pengalaman pengurus.
3. MEMBANGUNKAN DAN MENJUAL PROGRAM EXPERT ADVISOR (EA)
Cara ini mungkin agak susah dilakukan bagi semua orang kerana anda perlu mahir dalam bahasa pengaturcaraan seperti C++. Namun begitu, jika anda mahir dalam bahasa pengaturcaraan dan mempunyai pengalaman untuk membangunkan program EA, anda boleh menjana pendapatan secara pasif dengan menjualnya di market MQL5.
![]() |
Gambar di atas merupakan contoh program yang dijual di laman web mql5.com dengan harga yang sangat tinggi. |
4. MEMBANGUNKAN APLIKASI STRATEGI DAGANGAN
Sama seperti cara no.3, anda perlu mahir dalam bahasa penaturcaraan iaitu pengaturcaraan membangunkan laman web seperti Php, Javascript, Css dan untuk membangunkan aplikasi untuk telefon pintar anda perlu mahir Java, Kotlin, dan mungkin C++ dan C#.
Selain daripada itu, anda perlu mahir dalam perdagangan Forex untuk membekalkan isyarat dagangan melalui aplikasi yang anda bangunkan. Anda juga boleh memonetize aplikasi anda melalui program pengiklanan seperti google Adsense, monetag, adspop dan Hilltop Ads.
![]() |
Contoh Aplikasi isyarat dagangan yang ada di Google Playstore |
5. MEMBUAT PERKONGSIAN DENGAN BROKER (AFFILIATE)
Terma Affiliate atau refer a friends atau Introducing Broker ialah apabila kamu mempromosikan Broker kepada teman-teman yang lain untuk membuka akaun dagangan. Ganjaran yang kamu terima berbeza mengikut apa yang ditawarkan oleh setiap Broker. Berikut disenaraikan jenis perkongsian yang biasa ditawarkan oleh Broker.
No. | Jenis Perkongsian | Komisyen (%) |
---|---|---|
1 | Pengenal Broker (IB) | Per LOT |
2 | Rakan Kongsi | Per LOT |
3 | Rujuk Rakan | Per LOT |
4 | Perkongsian White Label | - |
5 | Pegawai Regional | - |
Siapa yang boleh mendaftar sebagai rakan kongsi Broker?
Sesiapa sahaja boleh mendaftar dan menjadi pekongsi kepada broker tanpa sebarang bayaran. Sebenarnya ramai pedagang-pedagang pasaran Forex yang berjaya menjadi rakan kongsi Broker untuk memaksimakan pendapatan mereka. Antaranya ialah Fokiyoks, Ahmad Daniel, Hanzo dan ramai lagi.
Ketahui lebih lanjut: Affiliate HFM, Affiliate Justmarkets
6. MEMBANGUNKAN SALURAN (CHANNEL) DI MEDIA SOSIAL
Saya rasa rami yang suka bahagian ini. Menjadi Yokutuber merupakan idaman dan impian kebanyakkan orang dengan anggapan akan menjadi terkenal dan mempunyai pendapatan yang sangat banyak. Dan ya, perkara itu tidak mustahil jika kamu mempunyai bakat untuk menyunting video dan mempunyai idea-idea yang menarik untuk memikat lebih banyak pengikut sama ada di youtube, Tiktok, Titch dan sebagainya. Berikut dilampirkan beberapa cara anda menjana pendapatan di media sosial.
Monetize
Kamu boleh membuat kandungan yang berkaitan dengan perdagangan Forex sama ada membuat ulasan berkaitan dengan Broker, Indicator, Expert advisor dan sebagainya. Kandungan kamu akan layak dimonetize apabila sudah cukup syarat dan kamu akan dibayar mengikut jumlah tontonan kandungan kamu.
Kamu juga boleh selitkan untuk mempromosikan Broker seperti yang dinyatakan dalam point no. 5 dan kamu akan mendapat komisyen untuk setiap orang yang anda berjaya bawa mendaftar kepada Broker.
![]() |
Channel Youtube Ahmad Daniel |
Bersiaran Langsung
Jika kamu pedagang Forex yang berpengalaman, anda boleh mebuat siaran langsung semasa membuat dan menjalankan perdagangan seperti kebanyakkan pedagang berpengalaman yang lain. Jika kamu bersiaran di TikTok, anda mungkin akan mendapat ikan paus daripada penonton anda.
7. MEMBUAT SEMINAR/WEBINAR DAN KURSUS
Ok.. Yang ini mungkin susah untuk dibuat kerana ia memerlukan ilmu dan pengalaman yang banyak untuk melakukannya. Kemunculan pedagang-pedagang baru dalam bidang Perdagangan Forex telah membuka peluang kepada mereka yang mahir dalam perdagangan Forex untuk menjana pendapatan. Ada beberapa cara untuk anda menjana pendapatan melalui kaedah ini seperti;
Membuat Seminar/Webinar
Seminar merupakan satu bentuk perjumpaan untuk bertukar-tukar pendapat mengenai perkara tertentu. Jika anda merupakan idol atau Influencer, kamu boleh menganjurkan seminar kepada pengikut-pengikut anda sama ada secara percuma ataupun berbayar. Dalam seminar, anda boleh lh mempromosikan Broker anda.
Kursus
Kursus ialah kaedah pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan secara singkat mengenai sesuatu perkara. Jika kamu berpengetahuan yang tinggi @Sifu dalam bidang Forex, kamu boleh menganjurkan kursus kepada pendatang-pendatang baru dalam bidang ini. Selain itu, kamu juga boleh menjual buku atau nota berkaitan dengan Forex jika kamu ada.
0 Comments