Apa yang akan kamu pelajari dari artikel ini?
APA ITU QUASIMODO?
Dalam perdagangan, istilah "Quasimodo" merujuk kepada corak atau struktur harga yang juga dikenali sebagai corak "Over and Under". Corak ini sering digunakan dalam analisis teknikal, terutamanya dalam konteks tahap sokongan dan rintangan.Corak Quasimodo dicirikan oleh satu siri perubahan harga yang menyerupai bentuk huruf "M" atau "W". Corak menunjukkan potensi titik pembalikan dalam pasaran. Berikut ialah penerangan asas corak Quasimodo:
- M-Formation (Bullish Quasimodo): Dalam corak Quasimodo kenaikkan harga, harga bergerak ke bawah, membentuk bahagian kiri "M". Selepas mencapai titik rendah, ia kemudian melantun semula tetapi tidak membuat tinggi baharu. Sebaliknya, ia menjejaki semula, membentuk bahagian tengah "M". Akhirnya, harga naik sekali lagi, mewujudkan bahagian kanan "M". Ideanya ialah pasaran sedang menguji tahap sokongan dan kemudian berpotensi berbalik kepada menaik.
- W-Formation (Bearish Quasimodo): Sebaliknya, dalam corak Quasimodo yang menurun, harga membuat pergerakan ke atas, membentuk bahagian kiri "W". Selepas mencapai titik tinggi, ia menjejak semula, membentuk bahagian tengah "W". Akhirnya, harga menurun lagi, mewujudkan bahagian kanan "W". Konsep di sini ialah pasaran sedang menguji tahap rintangan dan mungkin bersedia untuk pembalikan ke bawah.
CARA MENGENALPASTI CORAK QUASIMODO DALAM CARTA
Mengenalpasti corak Quasimodo dalam carta sebenar tidalah begitu susah. Apa yang kamu perlu buat ialah cari corak yang menyerupai apa yang saya lukis diatas tetapi jika amu masih lagi bingung macam mana untuk mengenalpasti QM, berikut saya berikan beberapa tis untuk kamu mencari QM dalam chart.
Tukarkan chart kepada Line Chart: Mengenalpasti Quasimodo dalam chart adalah rumit jika kamu menggunakan Candlestick Chart kerana kita tidak dapat melihat point atau level supply dan demand. Jadi untuk memberikan gambaran yang jelas kita tukarkan kepada Linechart seperti gambar dibawah.
ENTRY, STOP LOSS DAN TAKE PROFIT
Sekarang kamu sudah tahu macam mana bentuk Quasimodo tetapi tidak tahu dimana mahu buka posisi atau stop loss dan take profit. Berikut ialah cara untuk trade menggunakan corak QM
- ENTRY: Untuk entry, pastikan ada trend yang jelas sama ada kenaikan dan penurunan. Bukan masa compression ya. Pastikan juga ada structure breakout kemudian letakkan entry di atau bedekatan dengan bahu kiri.
- STOP LOSS: Kamu boleh letakkan Stop Loss di atas Higher High (HH) untuk Sell dan dibawah Lower Low (LL) untuk buy.
- TAKE PROFIT: Untuk take profit, kamu boleh ambil mana-mana level supply dan demand yang terdekat ATAU close apabila sudah profit @Biru-biru.
TIMEFRAME YANG SESUAI UNTUK STRATEGI QUASIMODO
Kamu boleh mengunakan mana-mana timeframe untuk strategi QM kerana ia terbentuk di setiap timeframe. Jika kamu jenis pedagang jangka pendek (Scalping), kamu boleh menggunakan timeframe kecil seperti M5-M15 ataupun H1. Gunakan timeframe sederhana seperti H1 jika kamu jenis pedagang intraday dan guna timeframe yang besar jika kamu jenis pedagang Swing.
ADAKAH QUASIMODO SESUAI DIGUNAKAN BERSAMA INDICATOR LAIN?
Adalah digalakkan untuk menggunakan lebih daripada satu indicator semasa melakukan perdagangan dalam Forex untuk mengukuhkan alasan kita untuk memasuki pasaran. Penggunaan lebih daripada satu penunjuk yang memberikan bacaan yang sama dipanggil Confluence yang memberikan kita peratusan yang tinggi untuk mendapat keuntungan. Sila baca artikel berkaitan dengan confluence untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: Confluence dalam Trading Forex
Pedagang yang menggunakan corak Quasimodo juga sering mencari isyarat pengesahan, seperti corak batang lilin, penembusan garis arah aliran atau penunjuk teknikal lain, untuk mengukuhkan analisis mereka sebelum membuat keputusan perdagangan.
0 Comments