Apa yang akan kamu pelajari dari artikel ini?
Apa itu FOREX
FOREX (FX) dalam konteks linguistik difahamkan sebagai satu penggabungan kata-kata iaitu FOREIGN (Mata wang) dan EXCHANGE (Pertukaran). Pertukaran mata wang asing ialah satu proses menukar matawang kepada matawang yang lain contohnya menukarkan USD kepada MYR. Penukaran matawang kepada mata wang yang lain biasanya dilakukan untuk tujuan perdagangan dan pelancongan. Menurut laporan daripada Bank for International Settlements pada tahun 2022, volum dagangan harian di pasaran Forex mencecah $7.5 trilion.
Apa yang diperlukan untuk memulakan perdagangan dalam Forex
Berikut disenaraikan beberapa kelengkapan untuk memulakan perdagangan dalam Pasaran Forex
1. Telefon Pintar atau PC
2. Sambungan Internet
3. Akaun dari Broker
4. Ilmu
4. Emosi
Jenis Akaun
Untuk berdagang dalam pasaran Forex, anda perlu mebuka akaun anda sendiri dengan broker pilihan anda. Ada beberapa jenis akaun Forex yang anda boleh buka bergantung dengan tawaran akaun yang disediakan oleh Broker. Berikut adalah ringkasan jenis-jenis akaun yang biasanya ditawarkan kepada pelangan.
Jenis Akaun dagangan Forex
No | Jenis Akaun dagangan Forex | Spread | Nilai | Komisyen |
---|---|---|---|---|
1 | Standard | Tinggi | 1:1 | Ya |
2 | Mini | Tinggi | 1:10 | Ya |
3 | Mikro | Tinggi | 1:100 | Ya |
4 | Sen | Tinggi | 1:1000 | Ya |
5 | ECN | Rendah | 1:1 | Tiada |
6 | Pro | Sederhana | 1:1 | Ya |
NOTA: 1:x maksudnya dikurangkan sebanyak X kali ganda. Contohnya nilai 1:10, maksudnya nilai dikurangkan sebanyak 10 kali ganda. Jika anda deposit $10,jumlah yang keluar pada akaun anda ialah $100. Tetapi jika anda mengeluarkan wang tersebut jumlahnya akan dikurangkan sebanyak 10 kali ganda juga
Pemilihan Broker
Untuk pemilihan broker, saya ada tulis artikel berkaitan dengan ini. Sila ikuti pautan ini untuk mebaca dengan lebih lanjut. Kriteria pemilian broker Forex
Istilah yang anda perlu ketahui dalam FOREX
No | Istilah | Maksud |
---|---|---|
1 | Buy/Long | Bermaksud Beli. Jika kamu menjangkakan harga akan naik, kamu perlu beli |
2 | Sell/Short | Bermaksud Jual. Jika kamu menjangkakan harga akan turun, kamu perlu jual |
3 | Bid | Harga yang ditwarkan oleh broker untuk kita jual |
4 | Ask | Harga yang ditwarkan oleh broker untuk kita beli |
5 | Spread | Perbezaan harga antara ask dan bid |
6 | Loss | Kerugian |
7 | Profit | Keuntungan |
8 | Available margin | Jumlah dana dalam akaun kita yang boleh digunakan untuk urusan jual beli |
9 | Take profit | Ambil keuntungan atau level di mana kita akan close posisi kita bila sudah ada keuntungan |
10 | Stop Loss/SL | Tempat dimana kita pasang untuk tutup posisi jika berada dalam kerugian |
11 | Breakeven/BE | Tempat dimana kita pasang stop loss dalam keadaan masih untung |
12 | Pips | Unit ukuran pergerakan harga terkecil dalam pasangan matawang |
13 | Hedging | Tindakan membuka posisi Buy dan Sell dalam masa yang sama |
14 | Swing | Strategi diana pedagang memegang aset dalam tempoh masa yang lama |
15 | Ranging | Keadaan di mana harga pasaran turun dan naik dalam satu lingkungan harga |
16 | Bullish | Keadaan pasaran yang bergerak secara menaik |
17 | Bearish | Keadaan pasaran yang bergerak secara menurun |
18 | Intraday | Perbuatan menjual dan membeli aset pada hari yang sama. |
Pelaksanaan Jual Beli dalam Pasaran Forex
Untuk melakukan urusan jual beli dalam pasaran Forex, kamu hanya perlu menekan buy atau sell seperti dalam gambar diatas untuk memasuki pasaran. Namun begitu, anda harus mengubah dahulu jumlah lot yang anda inginkan dengan mengubah nombor yang berada di ruanga tengah antara buy dan sell seperti dalam gambar.
Saiz lot
Lot | Unit / Lot |
---|---|
Standard | 100,000 |
Mini | 10,000 |
Micro | 1,000 |
Nano | 1,00 |
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk melakukan urusniagan dalam pasaran Forex. Antaranya ialah;
MARKET ORDER (INSTANT EXECUTION).
Market order ialah dimana kita membeli atau menjual pada harga semasa. Seperti dalam gambar dia atas, apabila kita menekan buy atau sell, order kita terus diletakkn pada harga semasa.
PENDING ORDER
Pending order ialah diamana kita meletakkan order kita pada paras harga yang kita mahukan dan akan terbeli atau terjual apabila harga menyentuh tempat kita letakkan order. Ada 6 jenis perintah yang kita boleh pilih melalui pending order iaitu buy limit, buy stop, buy stop limit, sell limit, sell stop dan sell stop limit.
BUY LIMIT DAN STOP LIMIT
Ialah arahan untuk kita meletakkan order kita pada pada tahap harga yang kita inginkan jika kita tidak mahu memasuki pasaran pada harga semasa. Untuk perintah ini, kita hanya boleh meletakkan order kita dibawah harga semasa untuk BUY dan tidak boleh meletakkan order diatas harga semasa. Demikian sebaliknya untuk SELL
![]() |
Buy Limit |
![]() |
Sell Limit |
BUY STOP DAN SELL STOP
Perintah buy stop dan sell stop bertentangan dengan buy limit dan sell limit. Untuk perintah ini kamu hanya boleh meletakkan order diatas harga semasa untuk BUY dan tidak boleh letakkan pending order dibawah harga semasa. Demikian sebaliknya untuk SELL
![]() |
Buy Stop |
![]() |
Sell Stop |
BUY STOP LIMIT DAN SELL STOP LIMIT
Perintah ini hanya terdapat di platform MetaTrader 5 sahaja buat masa sekarang. Pending order buy dan sell stop limit ini adalah gabungan kedua-dua jenis pending di atas iaitu boleh diletakkan diatas ataupun dibawah. Buy dan stop limit ini sesuai digunakan untuk reentry selepas harga membuat retracement.
![]() |
Buy Stop limit |
![]() |
Contoh perintah buy stop limit |
Instrumen perdagangan dalam Forex
Instruen perdagangan dalam forex dikategorikan seperti berikut;
Kumpulan Instrumen | Pasangan |
---|---|
Majors | AUDUSD, USDJPY, USDCAD,USDCHF, EURUSD, GBPUSD |
Minors | EURJPY, GBPJPY,AUDCAD, NZDCHF, AUDCHF, AUDJPY, AUDNZD, CADCHF, CADJPY, CHFJPY, CHFPLN, EURAUD, EURCAD, EURCHF, EURGBP, EURNZD, GBPAUD, GBPCAD, GBPCHF, GBPNZD, NZDCAD, NZDJPY, NZDUSD |
Exotics | EURDKK, EURHKD, USDCNH, USDHKD, NOKJPY, SEKJPY, SGDJPY,AUDSGD, GBPNOK, GBPSEK, GBPSGD, USDCZK, NOKSEK, EURPLN, EURSEK, EURSGD, USDDKK, USDSGD, USDTHB, USDZAR, EURHUF, USDHUF, USDMXN, EURCNH,CHFSGD, GBPDKK, NZDSGD, EURNOK, USDNOK, USDPLN, EURZAR, USDSEK |
Metals | XAUUSD, XAUEUR, XAGEUR, XAUAUD, XAGUSD,XPDUSD, XPTUSD |
Oil | WTI,BRENT,XNGUSD |
Crypto | BCHUSD,BTCUSD,EOSUSD,ETHUSD,LTCUSD,XRPUSD,ADAUSD,SOLUSD |
Oil | WTI,BRENT,XNGUSD |
EU Shares | |
US Shares | |
Indice | AU200, FR40, HK50,JP225, ES35, UK100, US30, US500, EU50, US100, SG20, CHA50 |
Trading Platform
Terdapat beberapa platform perdagangan yang digunakan untuk berdagang dalam Forex. Antara yang piang banyak digunaan dikalangan Trader ialah MetaTrader 5 dan MetaTrader 4. Anda boleh memuat turun aplikasi ini melaluli Google Playstore bagi mereka yang menggunakan smartphone dan bagi mereka yang menggunakan PC anda boleh muat turun disini. Download MetaTrader untuk windows, Mac dan Linux.
Strategi Asas Perdagangan Forex
Secara Amnya, terdapat beberapa strategi yang digunakan oleh pedagang dalam perdagangan Forex untuk mendapatkan keuntungan. Antaranya ialah seperti Scalping, daytrading,position trading dan swing. Penjelasan lengkap berkaitan dengan topik ini ada ditulis dalam artikel yang lain. Kamu boleh membacanya disini.
0 Comments